Wednesday, January 14, 2015

Review: Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum and hi again. Bagi melengkapkan janji aku untuk menghabiskan ketiga2 entry ari nie aku ingin menyajikan korng dengan review untuk cerita Melayu iaitu Manisnya Cinta di Cappadocia.... Hihihihihi cite nie secara jujurnya aku tak berkesempatan untuk tonton di pawagam atas kengkangan masa di tempat kerja, tp bagaimanapun aku berjaya mendownload dari internet hihihihihi.... :-P



Rasanya ramai dh pun menonton cite nie tp mcm manapun aku still nk cerita juga lah yer... Filem lakona Fazura dan Shaheizy Sam nie sebenarnya diadaptasi dari novel Manisnya Cinta karangan Anis Ayuni. Secara jujurnya, aku bukanlah peminat novel2 terutamanya novel Melayu (cehwahh poyo) lgpun dunia baca novel nie dh lama aku tinggalkan years ago. Seperti mana2 novel yg diadaptasikan menjadi filem or drama sudah semestinya korng akan fahami ada terdapat sedikit kekurangan dari segi penceritaan asal yelah mana blh nk muatkan keseluruhan novel menjadi filem.

Ok cerita nie berkisarkan mengenai kisah hidup Ifti Liyana, seorang interior designer yg baru saja memutuskan percintaan dengan lelaki yg lama dikenalinya. Hidupnya berubah bila dia didatangi seorang lelaki Nazmi yang mengaku dirinya bekerja sebagai pembandu bas. Bibit percintaan mula mekar apabila Nazmi mengikuti secara sengaja Ifti ke Turki. Perasaan cinta dan sayang mula menguasi diri Ifti terhadap Nazmi. Namun setibanya di Malaysia die telah menjumpai Nazmi bermesra bersama wanita lain. Disebabkan merasai perasaan kecewa ditipu sekali lagi, Ifti mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan itu tanpa mendapat penjelasan dari Nazmi. Jadi apakah pengakhiran percintaan itu? Adakah Ifti telah ditipu sekali lagi? Adakah betul Nazmi telah berkahwin? Semua persoalan itu akan terjawab bila korang tonton cite nie. Walaupun aku tau korang dh ada jawapan tu aku still nk mempoyokan diri.






Secara keseluruhan, aku kelaskan filem nie sebagai filem yg agak ringan yg tak perlu merumitkan kepala untuk menontonnya. Agak relex dan sesuai ditonoton diwaktu terluang bersama family. Dan rasanya klo aku tengok filem nie di wayang sekalipun aku still akan berpuas hati dengan penceritaannya. Dari perwatakan plak, bagi aku Fazura memang sangat sesuai dan berjaya membawa watak Ifti dengan sangat bagus manakala watak Nazmi lakonan Shaheizy Sam pula okay not bad cuma mungkin aku mengharapkan lebih kot dan aku membayangkan seseorng yg lebih perwatakan romentik. hihihihihihi....
Ok, untuk filem nie aku bagi 3 setengah bintang (ok lah kan)....sesuai untuk ditonton berulang2. hahahaha setakat nie aku dh 4kali ulang cite nie... werrkkk ;-P

 Ok nie aku nk share beberpa quotes yg dipetik dalam filem nie... jom2 layan jer...






Yesss akhirnya aku berjaya melengkapkan ketiga2 entry (T_____T)... harap korng semua enjoy membaca coretan aku yg tak seberapa nie... apa2pun kita jumpa untuk entry lain pulak ye nnt, with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

No comments:

Post a Comment